SMK Ibrahim Fikri telah dibina pada tahun 1965 di atas sebidang tanah seluas 11,903 ekar di lot 6860, Mukim Kuala Nerus, dengan nama asalnya ialah Sekolah Menengah Seberang Takir. Pengambilan pelajar tingkatan satu telah dimulakan pada tahun yang sama dengan menumpang di Sekolah Menengah Padang Midin. Pembinaan sekolah ini siap sepenuhmya pada Januari 1966 dan semua pelajarnya dipindahkan ke bangunannya sendiri di Seberang Takir.
Sekolah Menengah Seberang Takir telah dibuka dengan rasminya oleh YB Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Ahad 23 Jun 1968 bersamaan 27 Rabiul Awal 1388. Pada ketika itu sebahagian besar pelajar sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman seperti Kampung Pelong, Sungai Tong, Bukit Mundok, Kg. Bukit, Merang, Pulau Redang dan lain-lain. Bagi mengatasi masalah pengangkutan dan penginapan pelajar, asrama putera dan asrama puteri telah dibina pada tahun 1970 dan tahun 1973.

Sekolah Menengah Seberang Takir telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Ibrahim Fikri pada tahun 1978. Ini adalah untuk mengenang jasa Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu.
Sepanjang penubuhannya. SMK Ibrahim Fikri telah telah berkembang dari semasa ke semasa mengikut arus perkembangan pendidikan negara dan telah ditadbir oleh 13 orang Pengetua. Bermula dari tahun 2008 hingga sekarang, pentadbiran SMK Ibrahim Fikri telah diketuai oleh Encik Ruslan bin Awang. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri mempunyai seramai 151 orang guru, 909 pelajar lelaki dan 943 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 1,852 orang. Sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang kini sedang menabur bakti dalam pelbagai bidang di sektor awam dan sektor swasta. Semoga SMK Ibrahim Fikri akan terus cemerlang melahirkan lebih ramai anak bangsa yang akan menabur bakti pada agama, bangsa dan negara pada masa-masa hadapan
Senarai Pengetua SMK Ibrahim Fikri
1. En. Hashim bin Ab. Rahman ( Januari 1965 - April 1966 )
2. En. Abdul Rashid bin Ngah ( Mei 1966 - April 1967 )
3. En. Ali bin Jabar ( Mei 1967 - Januari 1968 )
4. En. Wahab bin Mohamad ( Februari 1968 - Januari 1969 )
5. En. Abdul Rashid bin Ngah ( Mei 1971 - Ogos 1973 )
6. En. Ab. Aziz bin Mohamad ( Ogos 1973 - Jun 1983 )
7. En. Abu Bakar bin Jusoh ( Jun 1983 - Disember 1987 )
8. Tn. Hj. Abdul Hadi bin Tahir ( Januari 1988 - September 1993 )
9. Tn. Hj. Zahid bin Awang ( Januari 1994 - Mei 1966 )
10. Tn. Hj. Karim @ Kassim bin Hassan ( Jun 1966 - Jun 1998 )
11. Pn. Hjh. Azizah bt. Md. Salleh ( Julai 1998 - Februari 2007 )
12. Tn. Hj. Zakaria bin Awang ( Februari 2007 - Julai 2008 )
13. En. Ruslan bin Awang ( Julai 2008 hingga sekarang )